Pada 1 Julai yang lepas, Sayembara DEKON Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Piala YAB Ketua Menteri telah diadakan di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Program telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan merangkap Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mewakili Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Beliau semasa perasmian berkata , DEKON yang menggabungkan deklamasi dan lakon dengan menjadikan puisi sebagai teksnya menjadikannya wahana peluahan pemikiran dan perasaan melalui pengucapan yang bernada, berirama dan berintonasi.
“Elemen lakonan pula menjadi ekspresi gerak dan bahasa badan untuk membentuk plot cerita berdasarkan inti pati teks puisi yang digunakan,”
“Elemen lakonan pula menjadi ekspresi gerak dan bahasa badan untuk membentuk plot cerita berdasarkan inti pati teks puisi yang digunakan,”
Beliau juga berkata, gabungan deklamasi dan lakon ini melalui pentafsiran puisi yang diucapkan dan dilakonkan menge-tengahkan pemikiran tentang kesejagatan, nilai serta keperibadian bangsa selaras dengan gagasan 1Malaysia.
"ia selari dengan penyampaian secara pengucapan dengan elemen nada, irama dan intonasi serta gerak lakon yang meyakinkan yang mampu menyerlahkan emosi serta menggugah nilai rasa pelakunya dan juga pendengarnya."
Berikut adalah pemenang-pemenang Sayembara DEKON Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Piala YAB Ketua Menteri.
Tempat Pertama : Abdillah Untong yang mewakili Bahagian Kebudayaan, Kementerian Pembangunan Sosial, dengan membawa pulang wang tunai RM2,500, piala pusingan, buku terbitan DBP dan sijil penyertaan.
Tempat Kedua : Maslina Mahbu yang mewakili Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri Negeri Sarawak yang membawa pulang wang tunai RM2,000, buku terbitan DBP dan sijil.
Tempat Ketiga : Saiful Bahri Jamil yang me-wakili Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak yang membawa pulang wang tunai RM1,500, buku terbitan DBP dan sijil.
Bagi kategori Penciptaan Puisi, tempat pertama telah dimenangi Saiful Bahri Jamil, tempat kedua Abdillah Untong manakala tempat ketiga dimenangi Maslina Mahbu.
Tahniah kepada semua pemenang terutama sekali Saiful Bahri Jamil iaitu salah seorang Artis Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak.
0 ulasan:
Catat Ulasan