Home » » Perkhidmatan Awam Dapat Bonus Setengah Bulan Gaji

Perkhidmatan Awam Dapat Bonus Setengah Bulan Gaji

Perdana Menteri, Dato'Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan semalam telah mengumumkan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minima sebanyak RM500 kepada penjawat awam persekutuan. Manakala, para pesara kerajaan akan turut menerima bayaran khas kewangan sebanyak RM500.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa semalam turut berpesan supaya penjawat awam menfaati bonus yang diberikan oleh kerajaan dengan cara berhemah.  Tambah beliau, para penjawat awam perlu menggunakan bonus yang diberikan ini dengan bijak untuk keceriaan semasa adilfitri.  

Pengumuman ini memang ditunggu-tunggu oleh para penjawat awam, berikutan cadangan oleh CUEPACS baru -baru ini berkaitan pemberian bonus untuk anggota-anggota perkhidmatan awam. Penjawat awam mengucapkan berbanyak terima kasih juga kepada CUEPACS, tentunya kepada Dato Omar Osman, presidennya dan barisan exco beliau.

Bagi CUEPACS, pemberian bonus ini diharap akan memberi suntikan semangat  kepada penjawat awam supaya berkhidmat menjadi lebih komited  dan  mengharapkan para pesara kerajaan terus memberi sokongan terhadap program pembangunan negara. 

Kepada penjawat awam yang beragama Islam, dengan bonus yang diberikan itu, bersama-samalah kita memperbanyakkan sedekah di bulan Ramadhan yang mulia ini sambil berbelanja secara bijaksana.
Share this article :

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2012. Zaini's Page - All Rights Reserved

Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger
1Malaysia
RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN