Home » , » Rainforest World Music Festival 2012, di Kampung Budaya Sarawak Pada 13 - 15 Julai

Rainforest World Music Festival 2012, di Kampung Budaya Sarawak Pada 13 - 15 Julai


Gambar daripada http://rwmf.net/wp-content/uploads/2012/07/RWMF2012-Banner-Newspaper.jpeg

Rainforest World Music Festival (RWMF) telah disenaraikan sebagai Top 25 Festival Antarabangsa Terbaik untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2009 oleh Songlines majalah muzik dunia.

Festival yang popular ini adalah lebih daripada sekadar meraikan kepelbagaian muzik dunia. Adanya festival seperti ini, kita boleh berkongsi seni, bakat, budaya, sejarah dan persahabatan.

Acara tahunan selama tiga hari kini merupakan salah satu acara muzik terbesar di Malaysia yang mampu menarik penyertaan seluruh dunia.

Antara yang membuat persembahan pada Rainforest World Music Festival (RWMF) tahun ini ialah :


Zee Avi - Malaysia -


The Music of Sarawak - Sarawak, Malaysia -


HATA - Malaysia, Korea, Turkey, Taiwan -


Rhythm of Borneo - Malaysia -


Oreka Tx - Spain -


String Sisters - Celtic music from Scotland, Norway, Sweden, Ireland, USA -

dan ramai lagi....

Tiket-tiket telah mula dijual di Sayap baru Shopping Mall Boulevard, pada hari Jumaat, Julai 6 yang lepas. Bagi yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan tiket di Shopping Mall Boulevard anda boleh dapatkan tiket di "Visitors information Centers" (Pusat Maklumat Pelawat) Kuching sehingga 12 Julai. Bagi ahli "Enrich card" anda akan menikmati diskaun istimewa tiket sehingga Julai 11, jadi jangan ketinggalan!!.
Share this article :

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2012. Zaini's Page - All Rights Reserved

Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger
1Malaysia
RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN