Home » » Dua Pelajar Tingkatan 5 (Sains) SMK Methodist Sibu akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Kuiz Asean Peringkat Antarabangsa di Kemboja

Dua Pelajar Tingkatan 5 (Sains) SMK Methodist Sibu akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Kuiz Asean Peringkat Antarabangsa di Kemboja


Dua Pelajar Tingkatan 5 (Sains) SMK Methodist Sibu, Brandon Ling Kie Chai dan Emilia Muhd Arif Stephen bakal memegang tanggungjawab penting apabila kedua-dua mereka akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Kuiz ASEAN peringkat antarabangsa di Kemboja pada bulan Ogos nanti. Seorang lagi peserta yang akan turut bersama mereka ialah Nabil Ersyad Mohd Noor Eddie Putera daripada SMK Sultan Alam Shah, Putrajaya.

Kejayaan Brandon dan Emilia mewakili negara setelah mereka berdua masing-masing muncul johan dan naib johan dalam Pertandingan Kuiz Asean yang telah berlangsung di Auditorium Besar RTM Angkasapuri Kuala Lumpur pada 28 Mei 2012 yang lalu.


Diharap Brandon, Emilia dan Nabil akan mampu mengharumkan nama negara di Pertandingan Kuiz ASEAN  peringkat antarabangsa nanti.
Share this article :

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2012. Zaini's Page - All Rights Reserved

Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger
1Malaysia
RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN