Home » » KSN baru kita- Datuk Seri Dr. Ali Hamsa

KSN baru kita- Datuk Seri Dr. Ali Hamsa

Datuk Seri Dr. Ali Hamsa

Datuk Seri Dr. Ali Hamsa telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru menggantikan Tan Sri Mohd. Sidek Hassan  berkuatkuasa 24 Jun 2012 ini sepertimana yang diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri semalam.  Sebelum ini beliau adalah Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Dr. Ali dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos, 1955 dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dai Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental Science dan Economics dari Oklahoma State University.

Kenyataan itu menambah, Datuk Dr Ali memulakan perkhidmatan dalam kerajaan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Januari 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Beliau juga pernah bertugas di Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dari tahun 1997 sehingga 2009 dengan berkhidmat sebagai  Pengarah Seksyen Pembahagian dan Timbalan Ketua Pengarah, Program National Transformation and Advancement , kemudiannya bertanggungjawab sebagai Ketua Pengarah UKAS, JPM pada 22 April 2009. (sumber: Utusan Malaysia, 20 Jun, 2012)
Share this article :

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2012. Zaini's Page - All Rights Reserved

Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger
1Malaysia
RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN