KSN baru dan pengharapan CUEPACS

Setiausaha Agung CUEPACS Lok Yim Pheng

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatasn Awam  (CUEPACS)  menerusi kenyataan Lok Yim Pheng, Setiausaha Agungnya, menyambut baik perlantikan KSN baru Datuk Seri Dr. Ali Hamsa. Beliau berharap dengan perlantikan KSN baru, dalam memantapkan lagi sektor perkhidmatan awam negara Malaysia dalam menjayakan program transformasi kerajaan  selain mewujudkan hubungan yang lebih harmoni antara kerajaan dan para pekerja perkhidmatan awam. 

Lok turut mengucapkan penghargaan kepada KSN, Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan menamatkan kontrak beliau  selaku KSN pada 23 Jun ini. 

Apa pengharapan anda selaku penjawat awam  dengan kehadiran KSN baru kita....

KSN baru kita- Datuk Seri Dr. Ali Hamsa

Datuk Seri Dr. Ali Hamsa

Datuk Seri Dr. Ali Hamsa telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru menggantikan Tan Sri Mohd. Sidek Hassan  berkuatkuasa 24 Jun 2012 ini sepertimana yang diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri semalam.  Sebelum ini beliau adalah Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Dr. Ali dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos, 1955 dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dai Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental Science dan Economics dari Oklahoma State University.

Kenyataan itu menambah, Datuk Dr Ali memulakan perkhidmatan dalam kerajaan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Januari 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Beliau juga pernah bertugas di Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dari tahun 1997 sehingga 2009 dengan berkhidmat sebagai  Pengarah Seksyen Pembahagian dan Timbalan Ketua Pengarah, Program National Transformation and Advancement , kemudiannya bertanggungjawab sebagai Ketua Pengarah UKAS, JPM pada 22 April 2009. (sumber: Utusan Malaysia, 20 Jun, 2012)

"Cuit" Zaini Hassan hari ini

Wikileaks

Dalam ruangan "Cuit" muka surat 11 utusan malaysia hari ini, zaini hassan (dato') menulis tentang pendedahan melalui fail wikileaks oleh beberapa blog yang mendedahkan cubaan satu kuasa asing di rantau ini yang berusaha gigih mempengaruhi rakyat Malaysia untuk menentang kerajaan semasa (BN) , atau menyokong pembangkang  atau juga cuba membantu apa yang boleh untuk menumbangkan kerajaan yang ada ini. Ini termasuk usaha mengukucar-kacirkan pilihan raya akan datang . 

Sila baca keseluruhan tulisan zaini hassan yang pada saya acapkali menggali suatu peristiwa dan cerita mendekati realiti... Ingat tak tulisan beliau berkaitan SBPA yang tidak lama kemudian telah dimansuhkan oleh JPA.  Sila beri komen anda.

Selamat Datang Ke Zaini's page


Selamat datang  ke Zaini's Page. Blog ini adalah blog baru saya untuk berkomunikasi dengan anda di dunia siber.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2012. Zaini's Page - All Rights Reserved

Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger
1Malaysia
RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN