Perdana Menteri, Dato'Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan semalam telah mengumumkan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minima sebanyak RM500 kepada penjawat awam persekutuan. Manakala, para pesara kerajaan akan turut menerima bayaran khas kewangan sebanyak RM500.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa semalam turut berpesan supaya penjawat awam menfaati bonus yang diberikan oleh kerajaan dengan cara berhemah. Tambah beliau, para penjawat awam perlu menggunakan bonus yang diberikan ini dengan bijak untuk keceriaan semasa adilfitri.
Pengumuman ini memang
ditunggu-tunggu oleh para penjawat awam, berikutan cadangan oleh CUEPACS
baru -baru ini berkaitan pemberian bonus untuk anggota-anggota
perkhidmatan awam. Penjawat awam mengucapkan berbanyak terima kasih juga
kepada CUEPACS, tentunya kepada Dato Omar Osman, presidennya dan barisan exco beliau.
Bagi CUEPACS, pemberian bonus ini diharap akan memberi suntikan semangat kepada penjawat awam supaya berkhidmat menjadi lebih komited dan mengharapkan para pesara kerajaan terus memberi sokongan terhadap program pembangunan negara.
Kepada penjawat awam yang beragama Islam, dengan bonus yang diberikan itu, bersama-samalah kita memperbanyakkan sedekah di bulan Ramadhan yang mulia ini sambil berbelanja secara bijaksana.